Satu perjanjian baru antara Singapura dengan Kesatuan Eropah akan antara lain membuka jalan kepada perdagangan elektronik bebas kertas. Yang pasti perjanjian itu akan mempermudah rangka kerja undang-undang bagi aliran data rentas sempadan. Semua itu akan memperdalam lagi perdagangan digital dengan kejelasan lebih baik dan perundangan lebih jelas bagi perniagaan dan juga pelanggan.
Kedua-dua pihak memeterai perjanjian tersebut siang tadi. Antara lain, ia akan bermakna bahawa akan ada akses lebih baik kepada data pemerintah serta lebih banyak peluang kajian dan perniagaan. Satu rangkap kerja undang-undang akan memastikan bahawa data peribadi akan dilindungi.
Kesesuaian server dan rangka kerja antara kedua-dua pihak juga akan diwujudkan demi memastikan bahawa bayaran elektronik dan invois elektronik rentas sempadan akan menjadi lebih licin. EU dan Singapura juga akan mengenal pasti dan mengurangkan ancaman-ancaman keselamatan siber. Yeah.
What are the key takeaways?
Based on the transcript, here are the key points...